SUKAN DAN PERPADUAN
E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERPADUAN
TAJUK: SUKAN DAN PERPADUAN
PROGRAM: AKAUNTANSI
NAMA PENSYARAH: PUAN
FARIDAH BINTI HUSAIN
SESI: SEMESTER 1/SESI JUN
2020
NAMA PELAJAR: |
NO.
MATRIKS: |
NURADILLA FITRI BIN
ASPUDIN |
(05DAT20F1021) |
SHERLEY NAPILEH |
(05DAT20F1018) |
NEFVENNIE CERLIND ANAK
NELSON |
(05DAT20F1030) |
ISI KANDUNGAN
BIL. |
PERKARA |
1 |
PENGHARGAAN |
2 |
PENGENALAN |
3 |
TOPIK : 1.0
SUKAN MALAYSIA
1.1 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
1.2 CONTOH-CONTOH SUKAN
13 PERANAN SUKAN DALAM
MEMUPUK PERPADUAN
KAUM
1.4 FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN |
4 |
KESIMPULAN |
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera.Bersyukur kepada
Ilahi dengan limpah berkatnya yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertama
sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
kami,Puan Faridah kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan dan
panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses
sekali. Beliau juga telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang
diajukan dengan jelas sekali.
Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang
tidak pernah leju memberi kerjasama sepanjang proses penghasilan efolio ini.
Walaupun kami terdiri daripada pelbagai bangsa,namun itu tidak mematahkan sikap
Kerjasama antara sepasukan. Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain
atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai
cabaran. Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada
kami.
Akhir sekali,saya
ingin mengucapakn sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat
dalam proses membuat folio ini secara langsung dan secara tidak langsung.
PENGENALAN
Bidang sukan dilihat masih
mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum.Biarpun berlainan
fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara
yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila
pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya
kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau
Malaya.
Sama-sama bersorak, sama-sama
menjerit dengan satu harapan agar Harimau Malaya dapat menang. Bila kalah,
sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-sama.Sukan dapat
menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan
integriti dalam kalangan peserta.
Melalui sukan, kita juga akan
menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada
negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara.
“Ini merupakan salah satu
pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep 1Malaysia berdasarkan penglibatan
semua pelajar pelbagai bangsa, budaya dan agama,”. Kata Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan yang sentiasa mendokong hasrat falsafah pendidikan negara untuk
melahirkan insan yang seimbang. “Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar
sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan
masyarakat. “Oleh yang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti
kokurikulum adalah amat penting sebagai satu landasan untuk melahirkan pelajar
yang cergas, dinamik serta bersatu padu,” jelasnya.
Melalui latihan sukan yang konsisten
dan seimbang dari pelbagai aspek yang merangkumi minda, otot saraf dan emosi,
sukan juga mampu membentuk pelajar yang cergas dan patuh kepada peraturan.
“Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar yang berhemah tinggi,
bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta
mempunyai daya kepimpinan dan integriti yang tinggi,” ujarnya lagi. Tidak kira
dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain
bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan.
TOPIK 1.0 SUKAN MALAYSIA
Sukan dan perpaduan berperanan
sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan menyemarakan semangat
patriotik dalam kalangan rakyat.Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada
kaum tertentu kerana ianya membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang
berminat.Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan mengadakan termasya
sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada peringat awal.Kemudian
SUKMA mula diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara
negeri.Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain ataupun
penonton.
Sukan Malaysia adalah satu acara
sukan peringkat kebangsaan dibawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia
,Majlis-Majlis Sukan Negeri,Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM),Majlis
Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis Diraja
Malaysia.Seterusnya,Sukan ini juga merupakan kejohanan "beraneka
sukan" (Multisport Competition) dan berkonsepkan "Mini Sukan
Olimpik" di Malaysia yang melibatkan atlet remaja.
Seterusnya,sukan Malaysia diadakan
secara dwi tahunan,kemudian diadakan setiap tahun untuk mencungkin bakat
atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakan penglibatan
secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.
1.1 PERANAN
SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
- Sukan sebagai alat perpaduan dan
antarabangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum.
- Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara satu sama lain
- Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang
untuk bekerjasama dan saling memahami antara kaum.
- Mewujudkan hubungan diplomatik antara
sesebuah negara dengan negara lain
1.2 CONTOH-CONTOH
SUKAN
1) BOLA SEPAK
2) BADMINTON
3) BOLA JARING
4) OLAHRAGA
5) RAGBI
6)BOLA BALING
BADMINTON
BIODATA DATUK LEE CHONG WEI
Nama penuh:Lee Chong Wei
Tarikh Lahir:21 Oktober 1982
Tempat Lahir:Penang,Malaysia
Kerjaya:Pemain Badminton Keseorangan Lelaki
PENCAPAIAN
1)SUKAN SEA 2005 DI MANILA
- Dato' Lee Chong Wei
telah membanggakan nama Malaysia setelah mendapat tempat ke-2 pada aksi
final di sukan SEA 2005 di Manila.
2)SUKAN
OLIMPIK RIO 2016
- Pingat Perak milik
Malaysia dan ia masih juga satu kebanggaan buat negara dalam perjuangan
mengharumkan nama negara di Temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio.
RUMUSAN
Perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan
di negara kita ialah contoh dalam sukan badminton yang telah mendapat nama di
peringkat tinggi iaitu Dato'Lee Chong Wei.Beliau telah mengharumkan nama negara
Malaysia dengan menyertai sukan ini.Selain itu,perpaduan antara kaum dapat
dilihat antara satu sama lain.Pelbagai kaum iaitu Melayu,India dan Cina telah
berganding bahu untuk memberi sokongan yang padu kepada Dato'Lee Chong Wei
dalam sukan badminton ini.Hal yang demikian menjelaskan bahawa telah wujud
perpaduan melalui sukan dalam negara kita.
BOLA
SEPAK
Bola Sepak sebagai ejen penyatuan perpaduan kaum
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk kembali memperluaskan sukan
bola sepak yang terbukti sebagai ejen paling ampuh dalam penyatuan,perpaduan
dan membina negara untuk kegunaan semua lapisan masyarakat.Presiden FAM iaitu
Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu dapat dilihat melalui pembentukan
pasukan kebangsaan pada era 1950-an hingga 90-an dan percaya dengan kerjasama
seluruh masyarakat bukan Melayu,Zaman kegemilangan itu akan dapat dikembalikan.
Datuk Hamidin Mohd Amin
berkata FAM juga mengajak masyarakat Cina untuk menyemarakkan semula penyertaan
mereka dalam bola sepak tempatan bagi menawarkan dimensi berbeza terhadap
landskap sedia ada di samping menjadikan bola sepak sebagai satu pilihan
kerjaya anak-anak mereka.
RUMUSAN
Di setiap negara mempunyai pelbagai jenis sukan yang menarik tetapi bola
sepak juga merupakan raja sukan dan dijadikan sukan utama di negara kita pada
masa kini.Jika dilihat di sukan SEA 2017 Malaysia telah menjadi tuan rumah dan
telah mendapat juara keseluruhan .Tetapi untuk sukan bola sepak pula Malaysia
yang mempunyai pemain yang berlainan kaum telah layak ke peringkat
akhir.Penyokong Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bersemangat
memberi sokongan kepada pasukan Malaysia .Ini terbuktilah bahawa sukan bola
dapat memberi perpaduan kepada negara.
Ternyata bidang sukan memang menjadi salah satu menyatupadukan masyarakat
di Malaysia.Tanpa mengira warna kulit,bangsa dan agama,bidang sukan sebenarnya
telah memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat majmuk.Kerajaan dan
pihak-pihak terlibat perlulah memainkan peranan dalam melestarikan bidang sukan
dan tidak hanya memandang enteng terhadap bidang sukan yang merupakan salah
satu agen menyatupadukan masyarakat.
1.3 PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN
PERPADUAN KAUM
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan
dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong,
pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan
lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun,
James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali.
Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman
sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali
kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum
walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika
Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan
masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun
mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.
Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan
agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah
kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia (Sukma)
yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara.
Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'.
Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia
memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu; yang juga
merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena
antarabangsa.
Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia
melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang
masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara.
Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak
menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya.
Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di
pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua
peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti
diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea
Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di
peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan bukan
semata-mata atlet yang terlibat.
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga
segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan
tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri
menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur
semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga
dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud
dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh
sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi
penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu
negara, satu matlamat'.
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat
bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan
kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga
mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang
ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian,
kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah
prinsip 1Malaysia.
Matlamat utama penggubalan
Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat
Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan
kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan
sebagai industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi,
peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan,
persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan,
institusi-institusi pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan
sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan
budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat
secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi
program-program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi.
Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan negara. Sukan
diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan
sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan
dan kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang
sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan
kualiti moral dan fizikal yang berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang
untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu
ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat
besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu,
masyarakat dan negara.
1.4 FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan
sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan
dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah,
pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan
kompleks.
Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan
jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan
komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan,
kerjasama dan sokongan.
Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan
jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan
peningkatan kecemerlangan dan imej negara.
Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor
ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja
kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media
dan lain-lain pihak yang berkaitan.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting
untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan
dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan
di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana
ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain
menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti
fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan,
pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun
kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah
positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan
dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di
peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan
di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan,
kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara
dan jalinan kerjasama antarabangsa.
BAHAN RUJUKAN
1)Mohd Salleh Aman. (2004).
Sukan Dalam Masyarkat Malaysia. Johor Bharu: Penerbitan Pelangi.
Arkib Sukan, 1992, Majlis Sukan Negara Malaysia
Wikipedia sukan, ensiklopedia bebas
'Sukan Alat Perpaduan Di Malaysia', Kolum Pena Dr. Siva, Utusan Malaysia, 7
Ogos 2012.
MZ
Zainudin, Fadzrul Ikhwan Mohd Zaid, Mohd Firdaus Halim, Dailami Mansor, Muhamad
Faiz Che Pa @Mustapa, Mohamad Hafiz Mat, Ahmad Tharmizi Md. Sukhaimi, Tee Hoo
Yeow
sumber yang baik,, teruskan usaha anda
BalasPadamThanks for your responding...:)
Padamterima kasih , anda terlalu baik untuk saya
BalasPadamMantap ni semua untuk projek sejarah wkwkwkw
BalasPadam